Content

Perempuan haid wajib qadha solat..betul ke?

Saturday, October 16, 2010
Bismillahirrahmanirrahim..



Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Alhamdulillah,pada kali ini,ingin saya kongsikan satu ilmu yang berkaitan hal fiqh wanita yang saya kira sangat penting untuk diketahui setiap mereka yang bergelar muslimah.Moga ilmu ini dapat menjadi salah satu wasilah dalam jalan kita untuk sampai kepada Allah.Ya Allah, terimalah ibadah kami.ameen,

Ni saya tulis kembali berdasarkan buku karangan Abu Mazaya Al-Husna(mungkin nama samaran penulis) bertajuk Wanita & Darah terbitan Darul Nu'man.

ATURAN MENGQADHA SOLAT SEWAKTU HAID
Wanita yang datang haid pada masa yang mana telah masuk waktu solat, namun ia belum menunaikan solat, maka wajib ia mengqadha solat yang mana belum ditunaikannya itu.(Sekiranya setelah masuk waktu solat itu,ia cukup masa untuk berwudhuk dan solat),Dengan demikian, Rasulullah s.a.w sangatlah menggalakkan umat baginda menunaikan solat pada awal waktunya. 
Dari Ibnu Mas'ud r.a beliau berkata: Rasulullah s.a.w ada bersabda:
Sebaik-baik amal itu adalah mengerjakan solat pada awal waktunya.
Adapun cara-cara mengqadha solat kerana haid itu,untuk lebih jelasnya, mari kita sama-sama perhatikan 2 contoh yang berbeza keadaannya ini:

Contoh 1 : Semasa hari pertama datang haid
Zahrah didatangi haid pada jam 2 petang.Sedangkan pada masa itu, dia belum menunaikan solat zohor. masuk waktu zohor adalah pada pukul 1.30 tengahari. Dengan demikian, pada masa suci nanti, Zahrah wajib mengqadha solat Zohor tersebut kerana masa setengah jam ini memungkinkan dia untuk berwudhuk dan bersolat.
Demikianlah pula diwajibkan mengqadha solat bagi perempuan yang sudah habis (berhentinya darah) pada masa yang mana waktu solat masih ada,namun ia tidak cepat-cepat mandi wajib dan menunaikan solat, menyebabkan ia gagal untuk solat di masa itu.
Dan juga wajib mengqadha solat yang sebelumnya sekiranya solat itu dapat dijama' (mengikut aturan solat jama')
Contoh 2 : Semasa hari terakhir haid (Menunggu waktu suci)
Habis waktunya solat Asar adalah jam 7.30 malam. Rokiah habis (berhenti) darah haidnya jam 7.00 mlm. Maka Rokiah wajib mengqadha solat Asar dan solat Zohornya sekali. Sebab Zohor dan Asar adalah 2 solat yang wajib

Sila semak balik pemahaman anda:
Jika berhenti darah pada waktu subuh: Qadha Subuh sahaja
Jika berhenti darah pada waktu zohor: Qadha zohor sahaja
Jika berhenti darah pada waktu asar : Qadha Zohor dan Asar
Jika berhenti darah pada waktu Maghrib :Qadha Maghrib sahaja.
Jika berhenti darah pada waktu Isya': Qadha Maghrib dan Isya'.

Tapi perlu dipastikan, darah tersebut benar-benar berhenti pada waktu tersebut.Jika tidak, wajiblah Qadha solat-solat yang ditinggalkan dalam tempoh menunggu darah benar-benar habis itu.

Demikianlah satu aturan mengqadha solat bagi wanita yang mengalami haid. Adapun langkah ini diambil oleh ulama' fiqh yang berpandukan mazhab Syafi'eyyah. Perkara semacam ini bukan semata-mata direka-reka atau sengaja dibuat-buat, melainkan satu tindakan ihtiat,iaitu sangat berhati-hati akan hukum hakam ibadah yang langsung ada hubungannya dengan Allah s.w.t.

Wallahua'lamu bissowab.

0 comments:

Post a Comment

Thanks for visiting :)

Jom erat2kan yg jauh, rapat2kan yg dekat :)

Hey stalker #.#