Content

‘Aqidah Dan Ideologi

Friday, February 04, 2011
  ‘Aqidah Tauhid datang dari ALLAH SWT dan bersumberkan dalil – dalil yang kuat dari al – Quran dan as – Sunnah. ALLAH SWT Pencipta semua makhluk yang ada di muka bumi dan DIA Maha Mengetahui segala kelebihan dan kelemahan ciptaan – Nya


  Ideologi hanyalah ciptaan manusia hasil dari ‘aqal yang berpandukan hawa nafsu kerana melihat kekurangan kepada agama. Contoh - contoh ideologi:-

a) Komunisme 
Fahaman politik yang hendak menjadikan semua harta dan barang – barang pengguna hak milik negara atau hak milik rakyat. Tidak mempercayai Tuhan (Atheis)

b) Sosialisme 
Ajaran atau fahaman yang menyarankan semua hasil bumi (industri dll) diurus oleh pemerintah dan kekayaan diagih – agihkan kepada rakyat

c) Sekularisme
Fahaman yang memisahkan agama dengan urusan pentadbiran atau pemerintahan (politik). Digunakan oleh Mustafa Kamal Attarturk apabila mula memerintah Republik Turki setelah kejatuhan secara rasmi Khilafah Uthmaniyah pada 1924

d) Feminisme
Memperjuangkan hak – hak wanita bagi menyamai atau melebihi kaum lelaki dalam semua bidang. Kadangkala bertindak keterlaluan dengan menafikan sebahagian hak yang diberikan Islam kepada kaum lelaki seperti hak melafazkan talaq, poligami, pembahagian harta dan sebagainya. Antara tokohnya, kumpulan Sisters in Islam

e) Nasionalisme 
Perasaan cinta pada negara dan bangsa sendiri. Jika semangat ini digunakan untuk menghalau penjajah dari negara sendiri dengan berniat menegakkan kalimah ALLAH SWT maka ia adalah dituntut akan tetapi jika digunakan untuk meniupkan semangat perkauman yang menyebabkan perpecahan dan kebinasaan, maka ia adalah haram dan juga disebut sebagai ‘Asabiyyah sebagaimana dalam hadith baginda SAW

0 comments:

Post a Comment

Thanks for visiting :)

Jom erat2kan yg jauh, rapat2kan yg dekat :)

Hey stalker #.#